Sudah banyak kita
dengar daripada peniaga dan penulis mengenai kenapa sesebuah perniagaan itu
gagal. Banyak sebab seperti :
1. Tidak mendapat pinjaman
2. Lokasi yang
salah
3. Masalah pekerja
4. Pengurusan yang tidak terurus
5.
Persaingan
6. Berkembang terlalu cepat
Ini belum lagi yang mengatakan
sebab-sebab seperti terkena sihir atau buatan orang.
Namun sebab-sebab ini
biasanya akan menuding jari ke arah orang lain. Malah sebab yang
sebenar-benarnya akan terkubur tanpa dinyatakan. Jadi dalam artikel ini saya
akan menerangkan antara sebab-sebab sesebuah perniagaan itu gagal yang tidak
dinyatakan kepada kita.Kenapa sebab-sebab sebenar ini tidak dinyatakan? Mungkin
kerana sebab sebenar ini akan menyakiti ego pemilik perniagaan yang gagal.
Sudahlah gagal, terpaksa pula menerima kesalahan diri sendiri. Ini bagaikan
jatuh ditimpa tangga. Jadi mereka fikir,adalah lebih baik meletakkan sesuatu
kesalahan itu di atas faktor luaran.
Jadi apa pentingnya kita kenal kesalahan
yang sebenar ?
Ini penting untuk usahawan menilai dengan sebenar-benarnya
kenapa sesuatu perniagaan itu gagal dan mengambil pengajaran untuk membangunkan
perniagaan lain di masa hadapan.
Sebab-sebabnya ialah:-
1. Perniagaan Yang Menumpukan Kepada Keuntungan
Cepat
Ramai yang akan menghubungi saya kira-kira 6 bulan sebelum tarikh
perkahwinan mereka untuk memulakan perniagaan. Alasan mereka “Saya ingin buat
bisnes untuk cari duit untuk kahwin”.Ini satu penyakit yang dihadapi sesetengah
orang. Mereka fikir perniagaan ini boleh membawa keuntungan yang cepat dalam
beberapa bulan.Fokus seperti ini adalah salah. Membangunkan sesebuah perniagaan
adalah seperti melahirkan bayi. Pada awalnya, kita yang perlu mengeluarkan duit
dan keringat untuk membangunkan perniagaan ini.Setelah beberapa tahun, barulah
kita boleh menuai hasil dari pelaburan itu tadi. Jadi untuk membuat keuntungan
sebenar serta meneruskan perniagaan untuk tempoh masa yang lama, kita perlu
meletakkan fokus jangka masa panjang dan bukan 6 bulan sebelum
berkahwin.
2. Perniagaan Memuaskan Ego
Usahawan yang
sebenar memulakan perniagaan apabila dia dapat melihat peluang sebenar dalam
membangunkan sesebuah perniagaan. Namun terdapat orang yang ingin membangunkan
perniagaan atas faktor ego.Faktor ego di sini adalah seperti membuka perniagaan
untuk tujuan kelihatan ‘cool’ atau merasa dengan adanya perniagaan ini
status dirinya akan meningkat naik di mata rakan-rakannya.Contohnya,seperti
orang yang ingin membuat kafe atas dasar untuk kelihatan hebat berbanding dengan
orang yang membuka kafe atas dasar untuk memulakan perniagaan.Perniagaan yang
dibuat berdasarkan ego jarang berjaya. Jadi fikirlah sebelum anda memulakan
sesebuah perniagaan. Adakah anda memulakan perniagaan ini untuk semata-mata
kelihatan ‘cool’ atau anda memulakan perniagaan untuk membuat keuntungan
jangka panjang?
3. Masalah Peribadi
Sewaktu seseorang
manusia itu berada dalam keadaan stress atau bermasalah, jarang sekali manusia
ini akan membuat keputusan yang betul.Masalah yang lebih besar adalah idea
kreatif juga tidak akan timbul pada waktu ini.Masalah kita boleh terjadi akibat
dari pergaduhan dengan rakan, masalah dengan isteri, penceraian, masalah
anak-anak dan pelbagai masalah lain yang tidak ada kaitan langsung dengan
perniagaan.Namun masalah-masalah ini akan memberi impak yang sangat besar kepada
perniagaan anda. Jadi untuk membangunkan perniagaan dengan baik, cuba elakkan
atau selesaikan masalah peribadi anda dahulu.
4. Mendapatkan Nasihat Daripada Orang Yang Salah
Kita selesa untuk
berbincang dan menceritakan masalah kita kepada rakan-rakan dan ahli
keluarga.Namun apabila berkenaan dengan perniagaan, rakan-rakan dan ahli
keluarga bukanlah orang yang sesuai untuk kita dapatkan jalan penyelesaian.Ini
biasanya berlaku apabila kita hendak memulakan perniagaan. Kita akan bertanya
kepada rakan-rakan dan keluarga kita. Kebanyakkan daripada mereka ini tidak mahu
menyakiti hati kita. Jadi mereka ini sentiada akan memberikan sokongan kepada
idea bodoh kita itu.Cuba anda fikir, jika seorang rakan anda datang dengan satu
idea bisnes, dan anda menentang idea ini. Namun rakan anda itu meneruskan dengan
idea itu dan berjaya. Adakah anda fikir rakan anda akan masih berkawan dengan
anda ? Sudah tentu hubungan anda kini telah menjadi lebih tawar. Jadi tidak ada
orang yang anda sayangi akan membuatkan anda kecewa.Jadi mereka ini tidak sesuai
untuk kita tanya pendapat mengenai perniagaan. Walaupun kepada mereka inilah
kita sering menyatakan idea dan masalah perniagaan kita untuk mendapat
penyelesaian.
5. Pemilik Perniagaan Yang Tidak Pandai Berhubung
Dengan Manusia
Banyak perniagaan yang lingkup hanya kerana seseorang
pemilik perniagaan yang panas baran atau jenis orang yang tidak tahu
berkomunikasi dengan orang lain.Dalam perniagaan, kita terpaksa berhubung dengan
pembekal, pelanggan yang pelbagai kerenah, pekerja, rakan kongsi dan banyak lagi
orang lain. Jadi,jika seseorang itu tidak mampu untuk menjadi kawan dengan semua
mereka ini, tidak mungkin mereka boleh berjaya dalam perniagaan.Jadi kemahiran
berkawan adalah sangat penting. Anda juga perlu menerima hakikat tidak semua
yang anda faham itu difahami oleh orang lain dan juga sebaliknya.Kita juga perlu
menerima hakikat bahawa semua golongan yang saya sebutkan sebelum ini tidak akan
membantu perniagaan anda untuk maju jika anda bukan seseorang yang pandai
berkawan.Jadi,belajarlah untuk berkawan dengan ramai orang dari pelbagai tahap
masyarakat kerana ini adalah kemahiran wajib untuk anda berjaya dalam
perniagaan.
6. Usahawan Yang Tidak Sepenuhnya Komited Pada Perniagaannya
Terdapat usahawan yang memulakan pekerjaan dan dalam masa
yang sama berkerja makan gaji, ada pula yang sudah mempunyai back-up plan
jika perniagaan itu gagal.Dalam kedua keadaan ini, kegagalan adalah satu
pilihan. Kerana itu anda tidak perlu terlalu komited kepada perniagaan anda,
memandangkan jika perniagaan ini gagal, anda mempunyai kerja tetap ataupun sudah
pun mempunyai back-up plan yang kukuh.Perniagaan akan menjadi lebih
berjaya jika anda bergantung harap hidup anda kepada perniagaan itu. Jadi anda
tidak ada pilihan selain untuk berjaya dan membuat keuntungan.Pada masa ini,
otak dan fizikal anda akan melonjak ke tahap yang jauh lebih baik daripada tahap
biasa. Tidakkah apabila Tariq bin Ziyad menawan sepanyol, beliau telah membakar
kapal tentera Islam itu sendiri dan berkata “Tidak ada jalan untuk melarikan
diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada
yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan
dan kesabaran”.Apabila tidak ada lagi jalan pulang, kita tidak ada pilihan
selain untuk terus mara dan berjaya.